YPM sasar 2,000 pelajar sertai tuisyen percuma - Utusan Malaysia

YPM sasar 2,000 pelajar sertai tuisyen percuma

MOHAMED Farid Mohamed. Zawawi menyampaikan baucar Seminar Kecemerlangan kepada wakil-wakil sekolah di Auditorium Mara, Kota Bharu semalam.-UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Program tuisyen percuma oleh Yayasan Pelajaran Mara (YPM) sepanjang tahun lalu akan diteruskan tahun ini dengan sasaran penyertaan 2,000 pelajar tingkatan lima di sekitar daerah ini.

Ahli Majlis Mara, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, sehubungan itu, sejumlah RM72,000 akan diperuntukkan bagi membiayai program tersebut sepanjang tahun ini.

“Pada tahun lalu, sebanyak RM36,000 diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut yang membabitkan 630 pelajar.

“Pada tahun ini, program tersebut akan diteruskan dengan sasaran penyertaan kira-kira 2,000 pelajar dan jumlah peruntukan pula meningkat dua kali ganda  iaitu sebanyak RM72,000,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Program Tuisyen Pintar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) YPM-Pejabat Pendidikan Kota Bharu di sini hari ini. 

Turut diadakan ialah Majlis Penyampaian Baucer Pakaian Persekolahan serta Penyampaian Baucer Seminar Kecemerlangan SPM.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Pejabat Daerah (PPD) Kota Bharu Mohd. Zamri Abdul. Aziz.

Sebanyak 17 sekolah menengah dan 25 sekolah rendah di seluruh kawasan Parlimen Kota Bharu menerima baucer tersebut.

Program tuisyen percuma itu bermula tahun lalu selepas Mohamed Farid memegang jawatan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Bharu. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN