Hospital Kota Tinggi cari waris jenazah warga emas

Waris jenazah warga emas dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Hospital Kota Tinggi (HKT) mencari waris seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia lapan hari lalu di hospital berkenaan.

Jurucakap HKT dalam satu kenyataan berkata, lelaki berkenaan dikenali sebagai Harun Yaakub, 74, meninggal dunia di wad hospital itu pada pukul 3.02 petang, 17 Januari lalu.

Menurutnya, alamat terakhir lelaki berkenaan dikesan di Nombor 8, Jalan Tambatan Kota Tinggi.

“Sebab kematian warga emas itu akibat advanced lung carcinoma iaitu jangkitan kuman pada paru-paru.

“Lelaki berkenaan dimasukkan ke wad pada 24 Disember tahun lalu setelah dihantar oleh jirannya. Difahamkan sepanjang berada di dalam wad tiada waris lelaki itu yang datang menziarahinya,” katanya.

Waris mangsa boleh menghubungi Penolong Pegawai Perubatan Suwardi Ab. Rajab di talian 07-8831131 dan sambungan 226 bagi sebarang maklumat lanjut dan urusan menuntut mayat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya