Warga Myanmar  proses arak ditahan - Utusan Malaysia

Warga Myanmar  proses arak ditahan

AZHAR Hashim menunjukkan sebahagian daripada arak yang diisi semula ke dalam botol air mineral di Kulim hari ini. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Polis menahan warga negara Myanmar dan merampas 367 botol air mineral dipercayai mengandungi arak yang diproses sendiri sebelum dijual di Taman Perak di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azhar Hashim berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah tempat arak tersebut diproses pada pukul 12 tengah hari.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di dalam sebuah premis rumah, polis menemui sejumlah botol air mineral yang mengandungi cecair berwarna jernih dan koko gelap.

Katanya, nilai keseluruhan arak yang dirampas itu kira-kira RM7,905.00. 

“Pada mulanya kita menyangka botol terbabit mengandungi air mineral biasa, namun selepas disiasat didapati arak,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Azhar berkata, hasil soal siasat, suspek dipercayai membeli arak di dalam jumlah besar dan mengisi semula ke dalam botol air mineral untuk dijual kepada pelanggannya yang terdiri warga tempatan dan asing.

“Harga sebotol arak yang diisi dalam botol air mineral bersaiz 1.5 liter dijual pada harga RM30 manakala botol bersaiz 300 mililiter pula RM15,” katanya.

Beliau menambah, lelaki terbabit dipercayai baru memulakan perniagaan ini dengan mengambil peluang menjual arak tersebut pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Sementara Azhar memberitahu, dalam serbuan berasingan pada pukul 3 petang, Rabu lalu, polis berjaya merampas 152 karton rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup bernilai RM6,000 dan menahan seorang lelaki di sebuah rumah kedai di Jalan Merbau Pulas di sini.

Jelasnya, kedua-dua kes itu disiasat mengikut seksyen 135(1) Akta Kastam 1967. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya