Wanita maut, motosikal ditunggang langgar lori treler - Utusan Malaysia

Wanita maut, motosikal ditunggang langgar lori treler

KEJADIAN kemalangan di Kilometer 14.5 Jalan Seremban-Tampin berdekatan Hentian Tinggi Pedas, Rembau hari ini yang membabitkan sebuah motosikal dan sebuah lori treler. Penunggang motosikal, Maznur Hidayah Mazli, 19, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HTJ, Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar lori treler dalam kejadian kemalangan di Kilometer 14.5 Jalan Seremban-Tampin berdekatan Hentian Tinggi Pedas dekat sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Anuar Bakri Abdul Salam berkata, mangsa, Maznur Hidayah Mazli, 19, yang beralamat di Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Jempol, Jempol, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di Seremban.

“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin dan apabila sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai telah hilang kawalan di kawasan selekoh lalu terbabas ke laluan bertentangan. 

“Mangsa dipercayai merempuh bahagian hadapan sebuah lori treler yang datang dari arah bertentangan. Maznur Hidayah mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemandu lori treler berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan 

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987,” kata Anuar Bakri lagi. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya