Wang i-Sinar buat modal niaga jual makanan laut - Utusan Malaysia

Wang i-Sinar buat modal niaga jual makanan laut

Aizal Abdul Rashid menunjukkan ikan bilis keluaran Langkawi yang semakin mendapat permintaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas 10 tahun mengusahakan pakej pelancongan dalam dan luar negara, Aizal Abdul Rashid, 37, berubah angin dengan meneroka pasaran ikan bilis keluaran tempatan bagi menyara keluarga.

Menariknya, perniagaan yang diceburinya itu menggunakan wang i-Sinar sebagai modal apabila memperolehnya selepas dua minggu membuat permohonan.

Aizal yang telah mengusahakan pakej pelancongan sejak 2010 berkata, selepas menerima bayaran interim ketika membuat permohonan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dia dan isteri, Siti Aishah Subehi mengambil keputusan menjalankan perniagaan secara ke­cil-kecilan.

Katanya, ini bagi menambah pendapatan sehingga pandemik Covid-19 dapat diatasi.

“Pada mulanya kami menjalankan perniagaan menjual tudung secara dalam talian namun, memandangkan kesulitan mendapatkan corak baharu maka kami mengambil keputusan untuk menjual ikan bilis keluaran Langkawi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dia yang menjual hasil laut tersebut di Tanjung Dawai Kedah berkata, walaupun masih lagi baharu dalam perniagaan itu, dia menerima permintaan yang tinggi terhadap ikan bilis jualannya.

“Ini kerana ikan bilis tersebut baik dari segi kualiti, warnanya yang keperangan dan isi yang tebal amat sedap sekiranya dimasak sambal atau digoreng manakala ikan bilis jenis putih pula walaupun nipis tetapi rangup apabila digoreng,” jelasnya.

Tambah Aizal, dia beruntung kerana mendapat sokongan daripada rakan-rakan lama dan kenalan selepas membuat hebahan di laman Facebook.

Dalam pada itu, dia turut menerima tempahan ikan masin dan gelama belah serta belacan sebagai tempahan sampingan.

Mereka yang ingin mendapatkan ikan bilis, gelama dan belacan ini boleh menghubungi talian 016-4431170 untuk keterangan lanjut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN