Wan Enderi dilantik Pengurus Besar Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA - Utusan Malaysia

Wan Enderi dilantik Pengurus Besar Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA

WAN ENDERI MOHD. SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wan Enderi Mohd Saad dilantik sebagai pengurus besar hotel milik Lembaga Tabung Haji (TH), Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC) KLIA berkuat kuasa 4 Januari lalu.

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam industri perhotelan serta hospitaliti, beliau amat berbesar hati dengan pelantikan tersebut dan berharap dapat memartabatkan lagi industri tersebut.

“Dengan lokasi yang unik dan kemudahan bertaraf dunia, hotel ini adalah tempat yang amat bersuaian untuk acara-acara besar dan juga menawarkan tempat yang sesuai untuk pelancong perniagaan yang berkunjung ke Kuala Lumpur. 

“Kami menantikan kedatangan tetamu dan delegasi acara setelah Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan,” kata Wan Enderi

Menurut Wan Enderi, berbekalkan pengalaman yang ada, beliau bersedia untuk berusaha dalam memberikan pengalaman serta perkhidmatan yang terbaik kepada semua tetamu kami dan meletakkan Movenpick Hotel KLIA di dalam kelas yang tersendiri.

Beliau juga pernah menyertai kumpulan Accor pada tahun 2011 sebagai Pengarah Operasi Bilik Pullman Putrajaya Lakeside sebelum dilantik sebagai Penolong Pengurus Eksekutif  Ibis Style KL Fraser Park pada tahun 2013.

Seterusnya, buat kali pertama beliau dilantik menjadi Pengurus Besar di Avangio Hotel Kota Kinabalu, Sabah, yang juga dibawah naungan kumpulan Accor.

Beliau kemudiannya meninggalkan kumpulan Accor dan menyertai E&O Residences, Kuala Lumpur sebagai pengurus besar hotel sebelum berpindah ke Thailand sebagai Pengurus Besar Impiana Resort, Koh Samui.

“Tidak lama selepas itu, saya kembali menyertai kumpulan Accor untuk perlantikan baru sebagai Pengurus Besar Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA pada awal tahun ini. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya