Upacara Thaipusam di negeri PKP, PKPB dilarang - Utusan Malaysia

Upacara Thaipusam di negeri PKP, PKPB dilarang

Malaysian Hindu devotees perform prayers during Thaipusam on February 08, 2020 in Selangor, Malaysia. Thaipusam is a Hindu festival celebrated mostly by the Tamil community. Devotees will pray and make vows by piercing parts of their body such as their cheeks, tongues, and backs before carrying a ‘Kavadi’ or milk pots on a four kilometre journey of faith. The Malaysian Reserve - Arif Kartono
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan upacara Thaipusam di rumah ibadat atau kuil yang berdaftar di bawah Malaysia Hindu Sangam (MHS) pada minggu depan.

Kementerian Perpaduan Negara memaklumkan, keputusan tersebut dicapai hasil Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menteri Kanan Pertahanan Bilangan 3 Tahun 2021 di sini hari ini.

“Ini meliputi semua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak minggu lalu,” katanya menerusi kenyataan.

Keputusan ini selaras pelaksanaan PKP, PKPB dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Januari lepas.

Langkah diambil ini juga ujarnya, susulan perbincangan pihak kementerian itu dengan para pemimpin agama Hindu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Kerajaan turut mengambil maklum keputusan semua kerajaan negeri kecuali Perlis, supaya tiada upacara Thaipusam di rumah ibadat penganut itu di negeri masing-masing pada kali ini.

“Pihak kementerian juga menerima makluman kenyataan media oleh MHS pada 12 Januari lalu yang tidak benar sebarang upacara sempena perayaan itu di seluruh negara,” katanya.

Kenyataan itu menambah, mesyuarat teknikal bersetuju upacara Thaipusam di dua negeri yang dilaksanakan PKPP hanya dibuat setelah dapat kebenaran kerajaan negeri terbabit.

Ia juga jelasnya, mesti mengikuti prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat dan sehingga kini hanya kerajaan Perlis yang sudah pun memberi kebenaran untuk tujuan berkenaan.

Antara perkara ditetapkan ialah larangan perarakan pedati perak untuk bawa Dewa Murugan dan tempoh sembahyang dari 5 pagi hingga 5 petang selama tiga hari bermula 27 Januari.

Turut ditegah ialah aktiviti bawa kavadi selain mencukur rambut dan ritual mandi serta makan di dalam kawasan kuil di samping tiada kegiatan jualan di sekitar tempat keagamaan tersebut.

Namun, pembawa belanga berisi susu dibenar dengan terhad 30 orang dalam masa 30 minit dan diselangi kerja sanitasi serta disediakan laluan khas oleh pihak pengurusan kuil itu.

Bagi kelancaran upacara, pembawa berkenaan digalak untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu dengan pihak pengurusan kuil dan meninggalkan premis sebaik selesai sembahyang.

Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Sadique menegaskan bahawa SOP ketat adalah bagi mengawal penularan rantaian Covid-19 yang agak getir ketika ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya