Ular sawa ditemukan dalam longkang, bergelut dengan kucing - Utusan Malaysia

Ular sawa ditemukan dalam longkang, bergelut dengan kucing

ANGGOTA bomba menggunakan alatan khas menangkap ular sawa sepanjang 1.5 meter yang ditemukan dalam longkang di Jalan Seri Mambau A13, Taman Seri Mambau, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seekor ular sawa sepanjang 1.5 meter ditemukan dalam longkang di Jalan Seri Mambau A13, Taman Seri Mambau dekat sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Pegawai Bomba Kanan, Mohd. Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.35 pagi dan tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

“Kami menerima panggilan terdapat ular sawa berukuran 12 kaki atau anggaran 1.5 meter yang berada dalam longkang.

“Tindakan anggota Pusat Kawalan Operasi (PKO) berjaya menjerut dan menangkap ular tersebut dan kemudian diserahkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut seorang saksi, Nurhafiszah Mazlan,35, berkata, dia keluar bersama anaknya untuk menghantar makanan di kawasan kedai berdekatan perumahannya dan mendengar bunyi bising seekor kucing yang kemudiannya didapati sedang bergelut dengan seekor ular.

“Bagaimanapun tidak sampai satu minit pergelutan itu, kucing berkenaan jatuh ke dalam longkang, saya lantas memanggil suami untuk menghubungi pihak bomba bagi meminta bantuan,” katanya.

Tambahnya, sebelum ini seekor ular selar juga ditemukan dua minggu lalu di kawasan perumahannya itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN