PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini secara terbuka mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).
Malah Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memberikan alasan faktor sudah berusia lanjut dan akan memasuki usia 96 tahun pada 10 Julai ini.
“Bertanding lagi? Tak payahlah, saya sudah umur 95 tahun, nak berjalan pun tak berapa betul, takkkan nak suruh saya kena bertanding lagi, cukuplah,” katanya ringkas sambil tertawa.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Amanah Human Life Advancement Foundation berkata dalam sidang akhbar ketika ditanya kemungkinan bersedia bertanding pada PRU-15 kelak.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu melancarkan portal jualan herba tempatan, Herbee dengan kerjasama Macro Tech Ventures di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE