Tular kereta lawan arus dipercayai elak sekatan jalan raya

Tular kereta lawan arus dipercayai elak sekatan jalan raya

RAKAMAN video kejadian sebuah kereta yang dipandu melawan arus yang didakwa berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) Pulau Pinang dan tular dalam media sosial sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Satu rakaman video yang memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus yang didakwa berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini tular dalam media sosial sejak semalam. 

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika kereta itu dipandu dari arah Jambatan Perai menghala ke Taman Inderawasih dekat sini. 

Rakaman berdurasi hampir 30 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang penunggang motosikal di laluan bertentangan. 

Menurut rakaman itu, kereta berwarna cerah yang tidak dapat dipastikan jenisnya itu dikatakan dipandu melawan arus selepas pemandunya cuba mengelak sekatan jalan raya. 

Kereta itu dilihat menyalakan lampu kecemasan ketika dipandu di laluan paling kanan di laluan yang mempunyai tiga lorong itu namun dalam keadaan jalan lengang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisoner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. 

Ujar beliau, kejadian itu dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 2.5 BORR  manakala terdapat satu sekatan jalan raya Op Covid di KM 2.0 sejak 13 Januari lalu. 

“Polis akan meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di lebuh raya itu bagi siasatan lanjut dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya