Tular berkaitan TNB: Rujuk TNB sebelum sebar - Utusan Malaysia

Tular berkaitan TNB: Rujuk TNB sebelum sebar

MAHDZIR Khalid (depan) ketika mengadakan lawatan di PMU Kuantan North di Kuantan, Pahang hari ini.-UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF SHAIK MUSTAFA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) merayu kepada rakyat supaya merujuk pihaknya terlebih dahulu jika ada perkara berkaitan agensi berkenaan yang ditularkan dalam laman media sosial. 

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dalam situasi beberapa negeri sedang dilanda musibah banjir ketika ini, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawb mengambil kesempatan dan sengaja menularkan perkara tidak benar berkaitan TNB.

“Sebagai contoh, ekoran banjir TNB akan tutup bekalan elektrik, sediakan lilin. Itu bukan gambaran sebenar, yang kita tutup hanya di lokasi yang benar-benar terjejas banjir dan didapati tidak selamat. 

“Ada juga pihak menularkan TNB akan melepaskan air di dua empangan di Cameron Hihglands, sebenarnya tidak berlaku, jadi apa-apa kenyataan rasmi, rujuk TNB terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kuantan North di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, TNB akan memastikan lokasi yang dijadikan pusat penempatan sementara (PPS) tidak mengalami gangguan elektrik. 

“Untuk itu, bagi sesetengah tempat yang terjejas teruk, kita hantar generator sokongan dan generator mudah alih supaya tiada gangguan elektrik di PPS terbabit. 

“Di Pahang, kita telah bekalkan lapan seti generator untuk bekalan elektrik sementara. Bagi lokasi yang laluan darat terputus, kita hantar guna bot,” katanya. 

Beliau dalam pada itu berkata, sejak banjir melanda negeri ini, sebanyak 302 pencawang telah ditutup. 

“Selepas keadaan pullih dan semua peralatan dibaik-pulih dan diuji selamat, 196 pencawang telah berjaya dipulihkan. Sehingga kini berbaki 106 pencawang yang masih lagi ditutup,” katanya.  UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya