Tenaga Nasional Berhad jangka kerugian jutaan ringgit akibat banjir

TNB jangka kerugian jutaan ringgit akibat banjir

MAHDZIR Khalid membantu seorang pelajar memakai baju sekolah dalam program sumbangan pakaian sekolah anjuran Yaked di Kuala Nerang, Kedah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan membuat penilaian jumlah kerugian akibat banjir yang melanda di negeri-negeri Pantai Timur dan Johor.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menjangkakan jumlah kerugian tersebut mencapai jutaan ringgit, namun nilainya berkurangan berbanding kejadian banjir pada 2014.

Menurutnya, berdasarkan tinjauannya di Pahang semalam, didapati nilai kerugian mungkin lebih tinggi terutama di daerah Temerloh.

“Kita sedang mengira jumlah kerugian di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor, sebelum ini kita ada pengalaman banjir pada 2014, jadi kita sudah tahu apa yang perlu buat.

“Kita buat mitigasi daripada 2014 ke 2021 contohnya peralatan dalam pencawang sebelum ini, TNB pasang di atas tanah tapi sekarang kita pasang di tempat tinggi bagi mengelak ia rosak ditenggelami banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program sumbangan pakaian sekolah oleh Yayasan Kemiskinan Darul Aman (Yaked) di Kuala Nerang di sini hari ini.

Pada majlis itu seramai 30 pelajar menerima sumbangan pakaian sekolah tersebut.

Seramai 2,400 pelajar miskin dari seluruh daerah Padang Terap dipilih menerima sumbangan dalam bentuk baucar berharga RM100 seorang.

Dalam pada itu, Mahdzir berkata, bilik operasi TNB juga bersiap sedia 24 jam sehari bagi membantu memberi bekalan elektrik termasuk di pusat pemindahan mangsa banjir.

Katanya, TNB akan menutup bekalan elektrik sekiranya sesuatu kawasan dinaiki air bagi memastikan keselamatan penduduk.

“Kita kena tutup bekalan elektrik kerana apabila air ada ia akan membahayakan orang ramai. Tapi apabila kita tutup bekalan elektrik kita akan dipasang mesin generator untuk pastikan tenaga elektrik dapat dibekalkan ke sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya