Tindakan UMNO tak beri kesan kepada Bersatu - Utusan Malaysia

Tindakan UMNO tak beri kesan kepada Bersatu

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Kalau tanya saya, dengan keadaan hari ini, semalam lagi saya sudah buat PRU (pilihan raya umum) sebab kita dapat rasa kekuatan suara rakyat menyebelahi kepada pentadbiran hari ini.”

Demikian keyakinan diluahkan Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof yang melihat tindakan UMNO bukan sahaja tidak memberi kesan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malah menyebabkan rakyat mulai menyokong Perikatan Nasional (PN).

Bercakap dalam sidang akhbar selepas hadir Majlis Apresiasi Pemenang Superb 2020 di sini malam tadi, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dalam nada sinis berkata, jika dibuat pilihan raya umum (PRU) semalam, kerajaan PN dan Bersatu masih boleh menang.

Mohd. Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu turut mengulas langkah UMNO kebelakangan ini mewujudkan suasana politik tanah air yang agak tidak stabil.

Ini termasuk ancaman parti itu untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN dalam usul yang bakal dibahaskan ketika Perhimpunan Agung UMNO pada 31 Januari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya