Tidak perlu mohon surat kelulusan Kementerian Pengangkutan - Utusan Malaysia

Tidak perlu mohon surat kelulusan Kementerian Pengangkutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pemilik kenderaan perdagangan tidak disyaratkan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Pengangkutan dan memadai hanya dengan mendapat surat pengesahan daripada majikan masing-masing.

Kementerian itu dalam kenyataan berkata, perkara itu bagi  memastikan kelancaran pergerakan di negeri-negeri dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini.

Jelasnya, tiada sekatan untuk kenderaan perdagangan untuk beroperasi  sepanjang tempoh PKP itu dan laluan khas disediakan di setiap sekatan jalan raya (SJR).

“Pemandu kenderaan perdagangan hanya perlu mengemukakan surat pengesahan majikan untuk beroperasi jika diminta oleh pihak  berkuasa. 

“Kementerian amat peka permasalahan  melibatkan orang ramai terutama bagi memastikan kelangsungan aktiviti  perdagangan dan sektor logistik yang berhubung kait dengan pengoperasian  pengangkutan dapat terus beroperasi dengan lancar dan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kenyataan itu turut memberitahu, bagi syarikat-syarikat sektor logistik  lain (contohnya seperti freight forwarders dan operator gudang) yang berdaftar dengan persatuan, surat kebenaran daripada kementerian boleh diperoleh dari pihak persatuan masing-masing. 

Katanya, surat kebenaran daripada kementerian dan bukti keahlian persatuan perlu disertakan sekiranya diminta oleh  pihak berkuasa. 

Bagaimanapun, katanya, bagi syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana  persatuan, surat kelulusan daripada kementerian  boleh dimohon menerusi pautan https://application.mot.gov.my/. 

“Pada masa sama, pengguna  pengangkutan awam terutamanya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan garis  panduan yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya