Tidak benar semua penduduk Kampung Sepayang dikuarantin

Tidak benar semua penduduk Kampung Sepayang dikuarantin

KAIN rentang yang digantung di Kampung Simpang Sepayang, Rompin, Pahang dalam usaha pencegahan pandemik Covid-19 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROMPIN: Polis menafikan dakwaan yang menyatakan seluruh penduduk Kampung Sepayang di sini dikuarantin susulan penularan pandemik Covid-19 di kawasan berkenaan. 

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Azari Miskon berkata, pada masa ini seluruh kawasan di Rompin dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti di daerah lain seluruh negeri ini dan tiada kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) setakat ini.

“Tidak benar (penduduk sebuah kampung dikuarantin), pada masa ini Rompin hanya melaksanakan PKP. Terdapat kes dan kontak rapat telah diarahkan kuarantin,” katanya di sini hari ini.

Hari ini tular dalam media sosial yang menyatakan penduduk Kampung Sepayang dikuarantin susulan pandemik Covid-19 sehingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat di daerah ini.

Menurut Azari, polis sentiasa melakukan pemantauan berterusan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dengan memastikan penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Kampung Sepayang Zulkarnain Abdullah berkata, situasi di kampung berkenaan adalah seperti biasa dalam tempoh PKP yang menyaksikan penduduk hanya keluar jika mempunyai urusan dengan mengikut SOP ditetapkan.

Justeru beliau berharap, mana-mana pihak tidak mengeluarkan kenyataan tidak benar khususnya dalam media sosial sehingga menimbulkan keresahan kepada penduduk setempat.

“Pada masa ini hanya beberapa keluarga dikuarantin di rumah kerana mempunyai kontak dengan individu positif Covid-19 dan Jawatankuasa Kemakmuran dan Keselamatan Kampung turut memantau termasuklah menghantar bekalan makanan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya