Tiada pilihan raya sepanjang tempoh darurat - Muhyiddin

Tiada pilihan raya sepanjang tempoh darurat

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa sehingga 1 Ogos, pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) tidak akan dilaksanakan. 

Perdana Menteri berkata, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak akan bersidang sehingga satu masa yang ditetapkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Perdana Menteri, dalam keadaan biasa, PRK atau PRN mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi diisytiharkan kosong atau DUN dibubarkan.

“Sedangkan kita tahu rakyat pada masa ini tidak mahu PRU diadadakan untuk mengelakkan wabak Covid-19 merebak seperti yang berlaku selepas PRN Sabah baru-baru ini.

“Untuk menjamin pelaksanaan tempoh darurat dibuat secara adil dan telus, sebuah jawatankuasa khas bebas akan ditubuhkan di bawah satu ordinan untuk menasihati Seri Paduka Baginda sama ada darurat besar ini masih berlaku dalam Persekutuan bagi meneruskan tempoh proklamasi darurat atau menamatkan lebih awal daripada tarikh ditetapkan,” katanya dalam perutusan khas darurat di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, mutakhir ini ada pihak-pihak mendesak supaya PRU diadakan dan beliau tidak berniat untuk tidak mengadakan PRU itu.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menjelaskan, perkara utama yang menghalangnya daripada menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU diadakan ialah pandemik Covid-19.

Kata beliau, keputusan untuk tidak mengadakan PRU semasa pandemik Covid-19 masih menular adalah selaras dengan maqasid syariah iaitu menjaga nyawa.

“Dalam konteks ini menjadi kewajipan saya menjaga nyawa rakyat dengan melindungi dari jangkitan covid ini iaitu kemaslahatan paling utama dituntut agama.

“Justeru saya beri komitmen tegas bahawa PRU akan diadakan sebaik sahaja jawatankuasa khas bebas memperakukan bahawa wabak ini telah reda atau pulih sepenuhnya dan PRU adalah selamat diadakan. 

“Pada masa itu terpulang kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana layak mentadbir negara ini dan menjaga kebajikan anda. Inilah komitmen dan akujanji saya yang akan saya tunaikan. Insya-Allah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya