PUTRAJAYA: Khabar angin berhubung adanya pelantikan Timbalan Perdana Menteri adalah tidak benar.
Perkara itu dinafikan Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut menafikan dakwaan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami beliau
“Dakwaan itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
“Perdana Menteri telah disahkan bebas daripada penyakit kanser oleh pakar-pakar perubatan yang merawat beliau,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE