Tiada paksaan beli bekalan ayam di pusat penyimpanan - Utusan Malaysia

Tiada paksaan beli bekalan ayam di pusat penyimpanan

MBPP menjelaskan kerja-kerja penyediaan ayam segar di bahagian pulau di Pulau Pinang tidak mengamalkam kaedah pengendalian bahan mentah yang bersih dan sempurna. GAMBAR MBPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Tiada paksaan bagi peniaga-peniaga ayam untuk mendapatkan bekalan ayam bersih dari pusat penyimpanan dan pengedaran ayam di Batu Lancang seperti yang didakwa oleh Gabungan Peniaga-Peniaga Ayam Pulau Pinang sebelum ini.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan berkata, walaupun kemudahan pusat penyimpanan dan pengedaran ayam disediakan, peniaga-peniaga ayam diberi kebebasan memilih membeli ayam bersih dari pusat itu atau pembekal pilihan sendiri yang mempunyai pensijilan Veterinary Health Mark (VHM).

Menurut beliau, pusat itu bertujuan memastikan ayam dijual kepada pengguna dalam masa 24 jam selepas proses penyembelihan selain memastikan harga ayam bersih berpatutan mengikut kadar pasaran.

“Tiada paksaan bagi peniaga-peniaga ayam untuk mendapatkan bekalan ayam bersih dari pusat penyimpanan dan pengedaran ayam di Batu Lanchang,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Sebelum ini, Gabungan Peniaga-Peniaga Ayam Pulau Pinang mendakwa bekalan ayam di bahagian pulau di negeri ini akan dimonopoli oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Singapura.

Ekoran itu, kira-kira 200 peniaga ayam membantah tindakan MBPP yang mahu menghapuskan kerja-kerja penyembelihan ayam di semua pasar basah.

Menurut kenyataan itu, pembinaan pusat tersebut selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada April 2006.

“Untuk memudahkan pelaksanaan dasar ini, MBPP merancang membina sebuah pusat penyimpanan dan pengedaran ayam di Batu Lanchang dan projek ini telah dianugerahkan kepada sebuah syarikat tempatan melalui tender terbuka.

Katanya, MBPP juga menjalankan banyak sesi libat urus termasuk dialog melibatkan 175 peniaga ayam di premis MBPP untuk memberikan penerangan dan pencerahan mengenai pelaksanaan dasar itu.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut menjelaskan, kos peti sejuk beku yang sesuai digunakan berharga kira-kira RM3,000 untuk menyimpan ayam segar di pasar.

“Walaupun peniaga perlu menanggung kos pembelian atau penyewaan peti sejuk beku, pihak MBPP akan menanggung kos menaik taraf gerai-gerai ayam mengikut keperluan peniaga dan kos pendawaian untuk tujuan penggunaan peti sejuk beku ini,” katanya. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya