Tabung Haji teruskan kempen Simpan Daftar dan Menang

TH teruskan kempen Simpan, Daftar dan Menang

haji
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan kempen Simpan, Daftar dan Menang akan diteruskan dan buat pertama kalinya turut memperkenalkan kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa bagi kumpulan sasar terdiri daripada pendeposit muda berumur 17 tahun ke bawah.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Nik Mohd. Hasyudeen Yusoff, kempen itu bertujuan memupuk orang ramai terutamanya para pendeposit menambah simpanan, mendaftar haji selain menggalakkan pendeposit mendaftar sebagai pengguna THiJARI bagi memudahkan urusan bersama TH.

“Kempen ini telah memasuki tahun kedua penganjurannya dan syarat-syarat penyertaan masih kekal sama seperti tahun sebelumnya dengan tambahan syarat iaitu mendaftar sebagai pengguna THiJARI,” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu, bagi golongan muda yang ingin menyertai kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa, pendeposit hanya perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM1,300 dan mengekalkan tambahan simpanan bersih minima RM1,300 dalam akaun TH.

“Hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 turut ditawarkan bagi 200 ahli kelab TaHa yang bertuah,” katanya.

Menurut Nik Mohd. Hasyudeen, kempen ini adalah salah satu usaha TH untuk mendekati pendeposit muda di samping menggalakkan mereka menabung dan merancang kewangan sejak kecil bagi tujuan untuk menunaikan ibadat haji suatu hari nanti.

Tempoh kedua-dua kempen ini bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2021, dengan empat kali cabutan yang dijadualkan pada bulan April, Julai, Oktober ini dan cabutan akhir pada bulan Januari 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya