Terima kasih abang bomba Cheneh bantu bersih debu tebal - Utusan Malaysia

Terima kasih abang bomba Cheneh bantu bersih debu tebal

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh turun padang membantu membersihkan kawasan sekitar Kampung Teladas, Air Putih di Kemaman hari ini yang diselaputi debu tebal selepas ditimpa banjir.-UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Keprihatinan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh yang turun padang membersihkan laluan di sekitar Kampung Teladas, Air Putih di sini yang diselaputi debu tebal akibat banjir melegakan rata-rata penduduk. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Teladas, Yazid Yassin berkata, debu tebal itu bukan sahaja menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna jalan raya, malah turut menyebabkan kalangan kanak-kanak mengalami penyakit asma. 

Katanya, keadaan cuaca panas memburukkan lagi keadaan apabila debu-debu berterbangan hingga memasuki ruang kediaman dan premis perniagaan penduduk yang terletak berhampiran jalan raya. 

“Semasa bencana banjir baru-baru ini kami telah bergotong royong membersihkan lumpur dengan menggunakan jentolak, bagaimanapun, lumpur yang kering telah membentuk debu dan habuk sekali gus menimbulkan kebimbangan ramai kesan buruknya terhadap tahap kesihatan.

“Terima kasih atas bantuan pihak bomba Cheneh membersihkan kawasan sekitar sekali gus melegakan kami untuk menjalankan aktiviti harian,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini. 

Sementara itu, Ketua BBP Cheneh, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, bomba dengan kekuatan sembilan anggota dan pegawai ditugaskan membantu kerja-kerja gotong-royong pasca banjir di kampung tersebut.

“Kita mengambil masa kira-kira tiga jam sejak pukul 2 petang bagi membersihkan kawasan tersebut dengan kerjasama penduduk kampung,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya