Tarikh pembukaan sekolah diumum seminggu sebelum dibuka

Tarikh pembukaan sekolah diumum seminggu sebelum dibuka

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan menjelaskan tarikh pembukaan semula sekolah secara bersemuka akan dibuat sekurang-kurangnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

Itu jaminan diberikan Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berhubung pengoperasian sekolah sekiranya ada keputusan pembukaan semula sekolah secara bersemuka.

“Kami menerima banyak pertanyaan berkaitan status pembukaan semula sekolah bagi sesi bersemuka untuk murid bukan kelas peperiksaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohd. Radzi berkata, pengoperasian itu penting bagi membolehkan guru, ibu bapa dan murid mendapat ruang yang cukup bagi membuat persediaan sewajarnya. 

Beliau berkata, pengoperasian sekolah itu sudah dinyatakan dalam soalan lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh Kementerian pada 18 Januari lalu.

“Kementerian sentiasa komited untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Buat masa ini, Kementerian Pendidikan menangguhkan sesi persekolahan tahun 2021 susulan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara.

Bagaimanapun, sesi persekolahan bersemuka hanya membabitkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya