Tanah runtuh di Jalan Raya Timur Barat dekat Banjaran Titiwangsa - Utusan Malaysia

Tanah runtuh di Jalan Raya Timur Barat dekat Banjaran Titiwangsa

KEADAAN tanah runtuh di Kilometer 57, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat Banjaran Titiwangsa dekat Gerik hari ini. - UTUSAN/GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Kejadian tanah runtuh di Kilometer 57, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran kawasan rehat dan rawat Banjaran Titiwangsa dekat sini hari ini menyebabkan satu lalu terpaksa ditutup kepada kenderaan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmod berkata, laluan itu ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan jalan.

Katanya, sepasukan anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik dan Balai Polis Bersia ditugaskan mengawal lalu lintas.

“Hanya satu laluan dibuka dan keadaan lalu lintas terkawal dengan kerja-kerja pembersihan giat dijalankan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak dan Belati Wangsa.

“Keadaan hujan turun renyai dan pengguna di kedua-dua arah dinasihatkan agar berhati-hati ketika melalui lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4 petang itu tidak melibatkan kemalangan jiwa mahupun kecederaan kepada pengguna jalan raya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya