Taman awam di Wilayah Persekutuan dibuka - Annuar Musa

Taman awam di Wilayah Persekutuan dibuka

ANNUAR MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Taman awam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibenarkan beroperasi semula bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, bagaimanapun hanya aktiviti riadah secara bersendirian sahaja dibenarkan setakat ini.

Katanya, pembukaan taman awam itu perlu diselia khususnya dalam aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Aktiviti di taman awam selalunya melibatkan aktiviti riadah secara berkumpulan, berkelah dan beramai-ramai dan ini tidak dibenarkan.

“Namun, tidak pula ia menghalang aktiviti-aktiviti lain yang dibolehkan, jadi kita setuju taman awam dibuka untuk digunakan orang awam selagi mana ia tidak bertentangan dengan SOP Kementerian Kesihatan,” katanya dalam sidang akhbar Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan menerusi Facebook Live di sini hari ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata, aktiviti penjualan di taman masih tidak dibenarkan dalam tempoh PKP. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya