Tak perlu buat pembelian panik - Utusan Malaysia

Tak perlu buat pembelian panik

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: ‘Tak perlu buat pembelian panik seperti berlaku di beberapa tempat’.

Demikian nasihat Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang menegaskan situasi itu tidak sepatutnya berlaku kerana hasil pemantauan mendapati bekalan di semua sektor peruncitan adalah mencukupi.

“Setiap hari pemantauan dibuat juga dapati semua premis perniagaan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit masih beroperasi seperti biasa,” katanya melalui kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai isu itu ekoran pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin esok berhubung situasi semasa penularan Covid-19.

Ini termasuk tindakan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan susulan trend peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini sehingga didakwa mencetuskan senario pembelian panik sejak kelmarin.

Alexander berkata, barang keperluan dalam pasaran masih stabil dan keadaan itu berbeza ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya