IPOH: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif Covid-19.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran dalam Facebook beliau.
Menurut kenyataan dalam Facebook Tajuddin, Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) itu telah menjalani ujian saringan Covid-19 semalam dan disahkan positif Covid-19 hari ini.
“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dengan beliau, eloklah melakukan ujian saringan Covid-19.
“Datuk Seri Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau,” kongsi kenyataan itu. – UTUSAN