Suri rumah rugi RM18,000 diperdaya Macau Scam - Utusan Malaysia

Suri rumah rugi RM18,000 diperdaya Macau Scam

NOORZAINY MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang suri rumah berusia 50 tahun di Kepala Batas dekat sini kerugian RM18,000 dipercayai ditipu sindiket Macau Scam yang menyamar polis semalam.

Mangsa dikatakan terjerat dalam penipuan itu selepas menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa wakil syarikat Pos Malaysia baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemanggil itu mendakwa terdapat bungkusan yang dihantar mangsa mengandungi lapan keping kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik individu lain.

“Mangsa yang terkejut menafikan hal itu sebelum panggilan disambungkan kepada individu lain kononnya polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Seremban untuk membuat aduan dan semakan.

“Polis itu juga mendakwa hasil semakan kad pengenalan mangsa mendapati dia ada terlibat dalam kes penyeludupan dadah dan penipuan wang haram,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Noorzainy, mangsa dimaklumkan dia boleh membuat rayuan berhubung kes itu, tetapi perlu membayar RM30,000.

“Tetapi mangsa beritahu dia hanya mempunyai wang RM18,000 sebelum membuat transaksi memasukkan wang ke dalam dua akaun yang diberikan kerana ketakutan.

“Mangsa dijanjikan wang itu akan dikembalikan sebelum menyedari dia ditipu selepas tidak lagi menerima sebarang panggilan telefon,” katanya.

Noorzainy berkata, mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya