Paras air di Sungai Pahang di Temerloh mula cecah tebing

Sungai Pahang di Temerloh mula cecah tebing

PENDUDUK meninjau keadaan Sungai Pahang di Taman Esplanade Temerloh yang semakin mencecah tebing meskipun cuaca tidak hujan di daerah itu sejak pagi tadi. - FOTO/MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Paras air Sungai Pahang di sini yang semakin mencecah tebing dikhuatiri melimpah dan membanjiri seluruh daerah ini jika cuaca kembali buruk.

Setakat petang ini, paras air Sungai Pahang di sini mencatat bacaan di aras amaran 32.25 meter menghampiri takat bahaya 33 meter. 

Seorang penduduk, Shahruddin Bachik, 56, berkata, Temerloh serta daerah lain dikhuatiri terjejas teruk sekiranya air Sungai Pahang di sini mula melimpah.

“Melalui pengalaman penduduk daerah ini, kalau air Sungai Pahang di sini mula melimpah, hampir semua kawasan akan terjejas teruk.

“Daerah-daerah lain seperti Maran, Kuantan dan Pekan yang menjadi laluan sungai ini juga akan sama terjejas, bimbang lebih teruk.

“Kita semua berharap keadaan cuaca akan terus pulih dan air sungai kembali surut dalam masa terdekat ini,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 11 stesen amaran banjir (SAB) di negeri ini merekodkan bacaan paras air sungai melepasi paras bahaya.

Paras air Sungai Jelai di stesen Kuala Medang, Jeram Bungor serta Bukit Betong di Lipis masing-masing mencatat bacaan 86.08 meter, 63.01 meter dan 73.56 meter. 

Bacaan SAB bagi Sungai Pahang di laluan daerah Jerantut dan Maran pula merekodkan 55.58m serta 19.18 meter. 

Sungai Tembeling di Jerantut serta Sungai Kuantan di Kuantan turut mencatat bacaan melepasi paras bahaya iaitu 69.89 meter dan 8.31 meter. 

Ia sekali gus memberi petanda yang sangat tidak menyenangkan meskipun cuaca hari ini tampak lebih baik berbanding semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya