Sultan Johor titah SOP masjid, surau - Utusan Malaysia

Sultan Johor titah SOP masjid, surau

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hanya 12 jemaah dibenarkan untuk melaksanakan solat fardhu serta solat Jumaat di masjid dan surau di negeri ini sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan 12 orang jemaah itu terdiri daripada pegawai serta ahli jawatankuasa pengurusan kariah masjid dan surau terbabit.

“Aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang dibenarkan ialah solat jenazah dengan had maksimum 12 orang, tazkir dan tarhim oleh pegawai masjid dan surau serta solat hajat mengiringi solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat.

“Bagi bacaan surah al-Mulk selepas solat Isyak, bacaan surah al-Kahfi selepas solat Subuh, Jumaat dan bacaan surah Yasin dan tahlil hendaklah dilaksanakan di rumah kediaman masing-masing,” titah baginda.

Titah Sultan Johor, lain-lain aktiviti pengimarahan masjid dan surau yang memiliki jumlah masa yang panjang seperti kuliah, ceramah, program membudayakan al-Quran dan sebagainya adalah tidak dibenarkan.

Baginda bertitah, bagi aktiviti di tanah perkuburan, urusan pengebumian jenazah dihadkan jumlah petugas dan waris kepada 20 orang manakala aktiviti ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya