Stor penyimpanan tayar terbakar 80 peratus - Utusan Malaysia

Stor penyimpanan tayar terbakar 80 peratus

ANGGOTA bomba sedang memadamkan api di sebuah stor penyimpanan tayar di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Sebuah stor penyimpanan tayar musnah terbakar dalam satu kejadian di Sungai Besar awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.07 pagi itu, stor penyimpanan tayar itu musnah 80 peratus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mohd. Khuzaimey Ibrahim berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan,  seramai 17 pegawai dan anggotanya bersama jentera dikejarkan ke tempat kejadian. 

“Kebakaran melibatkan stor penyimpanan tayar di struktur bangunan kelas A.

“Kita telah menggunakan satu aliran hos dan salur bantuan bagi mengawal dan memadam kebakaran sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya lagi, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 3.10 pagi. 

“Bagaimanapun, tiada mangsa ketika kejadian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN