SPAN, IWK serbu kilang proses ayam - Utusan Malaysia

SPAN, IWK serbu kilang proses ayam

BAHAGIAN Penguat Kuasa SPAN menyerbu sebuah kilang memproses ayam di Kapar, Klang, kerana dikesan membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam sistem pembentungan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ambil jalan mudah membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam sistem pembentungan.

Itu tindakan dikesan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) mengenai sebuah kilang memproses ayam di Kapar, Klang, Selangor.

Susulan itu, IWK melaporkannya kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

SPAN dalam kenyataan akhbar menjelaskan, kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Deluxe itu kemudiannya diserbu Bahagian Penguatkuasaan SPAN.

“Bertindak hasil aduan IWK, kami mengesan kemasukan efluen atau sisa buangan terlarang ke dalam loji rawatan kumbahan awam.

“Premis tersebut disyaki membuang sisa pemprosesan ayam ke dalam sistem pembetungan dan seterusnya masuk ke loji rawatan kumbahan awam,” katanya.

Katanya, operasi bersepadu membabitkan SPAN dan IWK adalah isyarat jelas tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas mana-mana pihak yang disyaki melepaskan sebarang efluen terlarang ke dalam lurang pembetungan awam.

Menurutnya, tindakan itu juga akan memberi kesan kepada sistem rawatan kumbahan awam dan alam sekitar.

“Perbuatan melepaskan atau membuang sebarang efluen terlarang ke dalam sistem pembetungan awam boleh disiasat di bawah Seksyen 61(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Katanya, orang awam yang mempunyai sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran boleh menghubungi talian 03-8317 9333 atau emel [email protected]. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN