SOP operasi sekolah terus dipantau - Utusan Malaysia

SOP operasi sekolah terus dipantau

MOHD. RADZI Md. Jidin (tengah) bersama Yusran Shah Mohd. Yusof (lima dari kanan) dan Habibah Abdul Rahim (empat dari kiri) ketika meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 16 (1), semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan terus memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah-sekolah seluruh negara.

Menterinya, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin memberi jaminan itu ketika meninjau operasi hari pertama pembukaan sekolah semalam melibatkan pelajar-pelajar yang menduduki pepe­riksaan awam.

“Sebelum ke mesyuarat Jemaah Menteri, saya bersama Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Yusran Shah Mohd. Yusof dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim telah singgah di dua buah sekolah sekitar Putrajaya bagi meninjau operasi di hari pertama pembukaan sekolah tahun 2021 di SMK Putrajaya Presint 5 (1) dan SMK Putrajaya Presint 16 (1).

“Kami bertanya khabar murid-murid kelas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Alhamdulillah, mereka nampak bersemangat. Kami mendoakan kejayaan anak-anak semua,” tulis beliau menerusi Twitternya, semalam.

Sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula semalam di seluruh negara hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan berikutan pe­ningkatan kes jangkitan Co­vid-19.

Peperiksaan itu adalah SPM, STPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Semua murid sekolah rendah dan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah mene­ngah pula mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru serta murid mulai tarikh sama.

Mengikut rekod kementerian, jumlah calon yang berdaftar untuk menduduki SPM 2020 adalah seramai 400,445 pelajar manakala bagi SVM pula seramai 8,371 orang untuk Semester 4.

Calon STAM yang berdaftar pula adalah seramai 7,996 orang dan bagi calon STPM adalah seramai 47,008 orang.

Tarikh peperiksaan SPM, SVM dan STAM ditetapkan pada 22 Februari 2021, manakala bagi STPM pula pada 8 Mac 2021. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya