Solat Jumaat untuk orang awam ditangguh - Utusan Malaysia

Solat Jumaat untuk orang awam ditangguh

AHMAD ZAKIYUDDIN ABD. RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Beberapa aktiviti di masjid dan surau di negeri ini termasuk solat Jumaat yang melibatkan orang awam ditangguhkan ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa bermula hari ini hingga 26 Januari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman berkata, solat Jumaat yang dibenarkan dilaksanakan hanya membabitkan 15 individu iaitu imam, bilal, siak dan ahli jawatankuasa masjid.

“Selain itu aktiviti yang turut ditangguhkan ialah solat fardu bagi orang awam serta urusan akad nikah.

“Turut ditangguhkan aktiviti di masjid dan surau melibatkan ceramah, kelas pengajian, bacaan Yassin, tahlil, ziarah kubur dan mesyuarat agung pemilihan jawatankuasa kariah,” katanya di sini hari ini.

PKP yang diumumkan Isnin lalu oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membabitkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Johor, Sabah dan Melaka.

Perintah berkenaan dilaksanakan bermula 13 Januari hingga 26 Januari ini bagi membendung penularan Covid-19.

Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata, terdapat beberapa aktiviti yang dibenarkan bagi meneruskan fungsi masjid dan surau.

“Aktiviti yang dibenarkan adalah azan dan solat fardu yang terhad kepada lima individu membabitkan imam, bilal, siak serta dua ahli jawatankuasa masjid,” katanya.

Jelas beliau, bagi pengurusan jenazah pula dihadkan kepada imam dan ahli keluarga terdekat manakala pengebumian pula terhad kepada 10 individu sahaja. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya