Solat Jumaat di Selangor ditangguhkan - Utusan Malaysia

Solat Jumaat di Selangor ditangguhkan

MOHD. SHAHZIHAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini, solat Jumaat di semua masjid dan surau kebenaran Jumaat ditangguhkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, umat Islam di negeri ini perlu menunaikan solat Zuhur di kediaman masing-masing sebagai ganti.

“Bagaimanapun, lima petugas masjid dan surau kebenaran Jumaat yang dijadualkan bertugas boleh mendirikan solat Jumaat.

“Ini bersesuaian dengan keharusan mendirikan solat fardhu itu mengikut bilangan kecil yang terhad. Peraturan ini juga termaktub pada pelaksanaan solat fardhu lima waktu berjemaah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Shahzihan berkata, perkhidmatan utama JAIS terutama melibatkan urusan nikah, cerai dan rujuk dilakukan secara dalam talian.

“Sebanyak 10 kaunter talian telefon dibuka di One Stop Centre di Aras Bawah, Bangunan Sultan Idris Shah untuk konsultasi perkhidmatan dan urusan temu janji.

“Pelanggan boleh menghubungi talian 03-55143600 atau 03-55143400 sepanjang waktu pejabat dibuka (Isnin hingga Jumaat),” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN