Sindiket rokok seludup didalangi Datuk tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket rokok seludup didalangi Datuk tumpas

ROKOK seludup yang dirampas polis di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menumpaskan sindiket pengedaran rokok seludup didalangi seorang lelaki bergelar Datuk dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam serbuan di Nibong Tebal dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Menurut sumber, sindiket berkenaan aktif memasarkan rokok seludup di seluruh Malaysia sejak dua tahun lalu dengan menjadikan utara tanah air sebagai pusat pengedaran utama.

Ujarnya, ini merupakan tangkapan pertama membabitkan sindiket tersebut dan pihak berkuasa akan mengesan sekiranya terdapat pembabitan pihak-pihak lain dalam kegiatan ini.

“Kita percaya sindiket ini menyeludup bekalan rokok dari negara jiran dan menggunakan rumah di kawasan elit untuk menjalankan aktiviti mereka bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Pihak polis sedang giat memburu lelaki bergelar Datuk yang menjadi dalang utama dalam aktiviti haram ini,” kata sumber kepada Utusan Malaysia.

Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, tiga lelaki berusia 34 dan 47 tahun itu ditahan dalam Op Asap yang dijalankan pihak polis semalam.

“Dalam operasi tersebut, sebanyak 1,770,000 batang rokok seludup pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai dan empat buah van dengan nilai keseluruhan RM1.37 juta telah dirampas.

“Kesemua suspek kini ditahan reman di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai, Pulau Pinang sehingga 11 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya