Siak ditemukan meninggal dunia tersepak kabel tiang elektrik - Utusan Malaysia

Siak ditemukan meninggal dunia tersepak kabel tiang elektrik

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Siak Masjid Taman Hadhari di Paka di sini ditemukan maut dalam longkang di belakang masjid itu dipercayai selepas tersepak kabel tiang elektrik.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, mayat Abdul Hamid Mat Zahari, 45, dari Kampung Cacar ditemukan bilal masjid itu kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi ketika keluar dari tandas.

“Bilal itu terkejut melihat rakannya berada dalam keadaan mengiring di dalam longkang.

“Pemeriksaan oleh pasukan perubatan Klinik Paka mengesahkan mangsa meninggal di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharudin berkata, siasatan mendapati terdapat kabel tiang lampu di antara kaki mangsa dan dipercayai terjatuh disebabkan kabel tersebut.

Katanya, mayat Abdul Hamid dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya