Sesi persekolahan Tabika Kemas ditangguh  - Utusan Malaysia

Sesi persekolahan Tabika Kemas ditangguh 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sesi persekolahan secara bersemuka melibatkan taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di seluruh negara yang sepatutnya bermula pada 20 Januari ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. 

Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berkata, ia berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 dalam negara seperti yang diumumkan Kementerian Kesihatan. 

“Pihak Kemas memutuskan untuk mengikut langkah yang diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menangguhkan sesi persekolahan secara bersemuka melibatkan Tabika seluruh negeri ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Kemas berkata, bagi memastikan keciciran tidak berlaku dalam kalangan kanak-kanak Tabika itu, kaedah pembelajaran secara Home-base Learning yang ditetapkan akan digunakan. 

“Kaedah pembelajaran ini melalui kaedah Pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaran (PdPc),” katanya. 

Pada masa sama, Kemas berkata, pihaknya  memberikan kebenaran bersyarat untuk Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Kemas beroperasi dalam situasi berkecuali. 

Katanya, kebenaran operasi hanya jika terdapat permohonan daripada ibu bapa yang bertugas sebagai barisan hadapan untuk menghantar anak-anak mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya