Sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN secara sidang video

Sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN secara sidang video

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal menyertai Sesi Pemukiman Menteri Luar ASEAN yang bakal diadakan esok secara persidangan video.

Kementerian Luar berkata, sesi itu merupakan mesyuarat berjadual pertama kesemua 10 negara anggota yang dihoskan oleh Brunei sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

“Acara julung kali secara maya ini akan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Luar Negeri II Brunei, Dato Erywan Pehin Yusof,” kata Wisma Putra menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ia turut melibatkan Setiausaha Agung ASEAN, Dato Lim Jock Hoi yang juga dari Brunei, dan sesi ini sebenarnya sudah bermula dengan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN semalam.

Antara isu akan dibincangkan oleh para menteri luar serantau itu ialah pelaksanaan pelbagai keputusan yang dicapai pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37 tahun lalu.

Pengerusi ASEAN 2020 ialah Vietnam dan kali ini beberapa inisiatif akan diputuskan untuk menggerakkan keutamaan agenda Brunei yang ambil alih sebagai Pengerusi ASEAN 2021.

“Mereka juga akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa serta langkah-langkah pengukuhan hubungan antara ASEAN dan rakan luar blok,” katanya.

Kenyataan itu menambah, dalam usaha negara-negara anggotanya bergerak mara ke arah Wawasan Komuniti ASEAN 2025, Malaysia turut memberi sokongan penuh dan komited.

Langkah tersebut ujar Wisma Putra lagi, demi memastikan perkembangan substantif visi berkenaan dapat dicapai secara lancar di bawah kepengerusian Brunei sepanjang tahun ini.

ASEAN ditubuhkan secara rasmi pada 1967 di Thailand hasil pemeteraian Deklarasi Bangkok yang ketika itu hanya disertai oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Brunei kemudian menganggotai blok serantau ini setelah mencapai kemerdekaan pada 1984 disusuli Vietnam (1995), Laos dan Myanmar (1997) serta terakhir Kemboja (1999). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya