Sembilan termasuk warga emas 70 tahun ditahan judi daun terup - Utusan Malaysia

Sembilan termasuk warga emas 70 tahun ditahan judi daun terup

HANYAN RAMLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Sembilan lelaki termasuk seorang warga emas berusia 70 tahun ditahan polis ketika leka bermain judi daun terup di sebuah pondok di jeti Kuala Kemaman di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kesemua suspek berusia 40 hingga 70 tahun yang dipercayai nelayan itu ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 6.30 petang.

“Hasil serbuan, kita merampas daun terup dan wang tunai berjumlah RM150 dipercayai digunakan untuk pertaruhan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hanyan berkata, kesemua suspek yang ditahan turut dikompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, mereka kini direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya