Sembilan penagih di flat ditangkap polis - Utusan Malaysia

Sembilan penagih di flat ditangkap polis

SEMBILAN individu berusia 16 hingga 47 tahun ditangkap polis dalam Op Tapis Khas di Flat Lobak, Seremban, Sabtu lalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai sembilan individu termasuk seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang sudah tidak bersekolah ditangkap polis dalam Op Tapis Khas di Flat Lobak, dekat sini, Sabtu lalu.

Operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan itu dijalankan selama tiga jam bermula pada pukul 12 tengah malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, sembilan individu yang ditangkap tersebut berusia dalam lingkungan 16 hingga 47 tahun termasuk seorang perempuan.

Tambahnya, salah seorang daripadanya ditahan kerana memiliki dadah jenis kanabis seberat 0.4 gram dan disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Lapan lagi individu didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan disiasat dibawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952. Kesemua yang ditangkap kini ditahan reman bagi melengkapkan siasatan.

“Polis akan terus berusaha meningkatkan operasi untuk membanteras ancaman dadah khususnya di dalam daerah ini demi mencapai matlamat memastikan ancaman dadah dapat dibanteras habis-habis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Said berkata, untuk rekod, sepanjang tahun lalu seramai 1,773 individu telah ditangkap di daerah berkenaan membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, dalam tempoh yang sama, 18 individu telah dikenakan tindakan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“43 individu lagi telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 39C ADB 1952,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya