PUTRAJAYA: Selangor terus merekodkan kes baharu tertinggi Covid-19 iaitu 687 kes diikuti Sabah, 303 kes; Johor, 295 kes dan Kuala Lumpur, 150 kes.
Selain itu, semua negeri turut mempunyai pertambahan kes di antara satu kes hingga 56 kes.
Sehngga kini, terdapat 122 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan tujuh kematian dan lima kluster baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan pertambahan kes positif sebanyak 1,741 kes dengan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 120,818 kes.
“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,010 kes dan menjadikan keseluruhan kes sembuh sebanyak 98,228 kes,” katanya pada sidang akhbar hari ini. – UTUSAN