'Saya okey, tekanan darah okey, makan pun okey' - Utusan Malaysia

‘Saya okey, tekanan darah okey, makan pun okey’

MUSTAPA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Terima kasih doktor, jururawat dan petugas yang tidak kenal penat lelah demi menjaga kesihatan kami. Kandungan oksigen okey, tekanan darah okey, darah keseluruhan okey, makan pun okey walaupun selera belum 100 peratus.”

Demikian tulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam laman Facebook miliknya yang memberitahu keadaan kesihatannya bertambah baik sepanjang 11 hari dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun beliau masih tidak dibenarkan pulang kerana rawatan pada paru-paru masih belum selesai selepas disahkan positif Covid-19.

Mustapa turut mengingatkan semua pihak agar dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana situasi Covid-19 masih mengancam masyarakat.

Beliau berkata, keadaan hospital dan unit rawatan rapi (ICU) semakin penuh untuk merawat kes Covid-19.

Beliau meminta anggota penguat kuasa tidak berkompromi dengan mana-mana individu yang ingkar SOP dan mengambil serius arahan yang dikeluarkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya