Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat positif Covid-19

Rina Harun positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri itu, beliau menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam. 

Justeru, katanya, beliau dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada pukul 11.00 pagi tadi bagi pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. 

“Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat. 

“Beliau juga akan pastikan semasa ketiadaan beliau,  kementeriannya akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan  pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa,” katanya. 

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed juga disahkan positif Covid-19 ketika menjalani ujian saringan Covid-19 sebaik sahaja tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pada pagi kelmarin.

Beliau kemudiannya dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan untuk pemantauan dan keadaannya stabil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya