Remaja maut kemalangan babitkan enam kenderaan - Utusan Malaysia

Remaja maut kemalangan babitkan enam kenderaan

KEADAAN kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 13 Jalan Sungai Petani - Kuala Ketil, Kampung Jerung, Sungai Petani, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 13 Jalan Sungai Petani – Kuala Ketil, Kampung Jerung dekat sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, mangsa berusia 18 tahun yang mengalami kecederaan dalaman pada kepala dan dada meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kemalangan tersebut melibatkan empat motosikal dengan tiga daripadanya jenis Yamaha 15ZR dan satu jenis Yamaha 125 serta dua kereta jenis Proton Saga dan Perodua Viva.

Menurutnya, kesemua kenderaan tersebut datang dari arah Sungai Petani menghala  Kuala Ketil.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga membuat pusingan U untuk kembali ke arah Sungai Petani.

“Ketika sedang membuat pusingan U, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 15ZR dari arah belakang cuba mengelak ke kiri lalu melanggar bahagian belakang kiri Proton Saga berkenaan.

“Selepas itu, dua penunggang motosikal jenis sama dan jenis Yamaha 125 juga tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kanan Proton Saga,” katanya di sini hari ini.

Ujarnya, akibat pelanggaran itu, mangsa telah terjatuh ke atas jalan raya sebelum dilanggar kereta jenis Perodua Viva yang tidak sempat mengelak.

“Sebuah lagi motosikal kemudian cuba mengelak ke kiri jalan dan terjatuh sendiri,” ujarnya 

Beliau berkata, pemandu Proton Saga berusia 57 tahun mengalami kecederaan di kepala dan anggota badan akibat dipukul menggunakan topi keledar dan menerima rawatan di Hospital Pakar Metro di sini.

“Pemandu Perodua Viva berusia berusia 60 tahun serta dua penunggang motosikal berusia 18 dan 22 tahun mengalami cedera ringan. Mereka sudah diberi rawatan pesakit luar sementara seorang lagi penunggang motosikal berusia 20 tahun tidak cedera,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya