Rayuan Ku Nan didengar 22, 23 April - Utusan Malaysia

Rayuan Ku Nan didengar 22, 23 April

sokong Muhyiddin
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 22 dan 23 April ini bagi mendengar rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta kerana menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Tarikh pendengaran selama dua hari itu ditetapkan pada sesi pengurusan kes menerusi aplikasi Zoom di hadapan Timbalan Pendaftar, Darmafikri Abu Adam yang turut disertai oleh peguam
Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili beliau serta Timbalan Pendakwa Raya, Rullizah Abdul Majid.

Pengurusan kes selanjutnya pula ditetapkan 5 Mac ini.

Tengku Adnan, 70, atau lebih dikenali sebagai Ku Nan memfailkan notis rayuan pada 21 Disember tahun lalu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mensabit dan menjatuhkan hukuman terhadapnya pada hari yang sama.

Pada 14 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Tengku Adnan membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadapnya. Seramai 23 saksi pendakwaan memberi keterangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya