Rampasan barang seludup, ketum meningkat - Utusan Malaysia

Rampasan barang seludup, ketum meningkat

SURINA Saad (dua dari kanan) membuat pemantauan di SJR Kaki Bukit, Jalan Kem Tasoh, Padang Besar, Perlis. - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Rampasan barang seludup terutama dauh ketum meningkat tiga kali ganda bulan ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad memberitahu, nilai rampasan kes penyeludupan itu mencecah RM3 juta.

Katanya, jumlah tersebut melibatkan rampasan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) negeri, dan Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Aktiviti penyeludupan ini melibatkan pelbagai barangan termasuk kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Racun 1952, Akta Makanan 1983 dan sebagainya.

“Jika melibatkan ketum pula, sejak awal tahun sehingga kini, terdapat 12 kes yang merangkumi jumlah keseluruhan rampasan kira-kira 5,000 kilogram,” katanya ketika ditemui selepas membuat pemantauan sekatan jalan raya (SJR) sempadan daerah di SJR Kaki Bukit, Jalan Kem Tasoh di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya