Rakyat mahukan vaksin, bukan darurat - Utusan Malaysia

Rakyat mahukan vaksin, bukan darurat

Hassan Abdul Karim (dua, kanan) mendengar permasalahan dan perkembangan banjir semasa melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Masjid, Pasir Gudang, semalam. Selasa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG: Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menegaskan rakyat negara ini memerlukan suntikan vaksinasi bagi mencegah wabak Covid-19 dan bukannya pengisytiharan darurat.

Kata beliau, pihaknya berpendapat tiada keperluan mengisytiharkan darurat kerana langkah itu belum pasti dapat mengurangkan statistik Covid-19 yang meningkat setiap hari.

“Kenapa negara jiran seperti Singapura dan Indonesia, vaksin sudah sampai dan operasi suntikan untuk rakyat mereka telah bermula.

“Tetapi kenapa di Malaysia vaksin masih tidak sampai, sampai bila rakyat perlu menunggu kerana mereka mahukan vaksin dan bukannya perisytiharan darurat,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pengerusi PKR Johor berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Masjid di sini, semalam.

Hassan mendakwa, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyalahgunakan kedudukan untuk menyelamatkan dirinya dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada dijatuhkan.

Jelasnya, tindakan Muhyiddin yang mengheret Yang di-Pertuan Agong dalam konflik politik adalah tidak wajar dan sepatutnya langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah memadai dan tidak perlu darurat.

Sementara itu, Hassan memberitahu, darurat tidak wajar diisytiharkan kerana keadaan di negara ini masih stabil dan bebas daripada rusuhan walaupun dilanda pandemik Covid-19.

Justeru katanya, tidak ada keperluan untuk darurat seluruh negara diisytiharkan selain mempersoalkan sama ada Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa sekarang ini sah atau sebaliknya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya