PRU-15 ketika Covid-19 ditentukan Jawatankuasa Pengurusan Pandemik - Utusan Malaysia

PRU-15 ketika Covid-19 ditentukan Jawatankuasa Pengurusan Pandemik

ABDUL GHANI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Plaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU-15) ketika pandemik Covid-19 akan dinilai oleh Jawatankuasa Pengurusan Pandemik.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, jawatan kuasa itu terdiri daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Turut terlibat sama ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelbagai lagi agensi berkaitan untuk menilai kesesuaian diadakan PRU-15,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Abdul Ghani menjelaskan demikian sebagai merujuk laporan beberapa akhbar tempatan yang mengulas kemungkinan PRU-15 berlangsung semasa pandemik masih serius di negara ini.

Beliau bagaimanapun menambah, pihak jawatan kuasa tersebut akan membuat penilaian risiko sebelum mengemukakan syor kepada pihak kerajaan sama ada sesuai atau sebaliknya.

Tempoh hayat Dewan Rakyat ketika ini hanya akan berakhir untuk pembubarannya secara automatik pada 16 Julai 2023 bagi pelaksanaan proses PRU-15 dalam tempoh 60 hari.

Usia ini dikira dari hari pertama persidangan setelah istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14 dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Namun, dewan rendah itu dianggap ‘matang’ pada 16 Julai ini setelah berusia tiga tahun dan tiada lagi pilihan raya kecil jika berlaku kematian wakil rakyatnya selepas tarikh tersebut.

Bagaimanapun, spekulasi timbul kemungkinan PRU-15 mungkin akan berlangsung tahun ini ekoran tempoh hayat Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir rasmi pada 7 Jun depan.

Ia bertambah ‘kencang’ kerana kerajaan Sarawak dilaporkan mahu mengadakan Pilihan Raya negeri itu secara serentak dengan PRU-15 bagi menjimat kos berbanding dibuat berasingan.

Banyak negara telah berjaya melaksanakan PRU ketika isu penularan wabak Covid-19 dengan prosedur operasi standard ketat penuh norma baharu bagi mengekang penularan pandemik.

Ini termasuk melanjutkan tempoh pengundian sehingga lewat malam seperti di Singapura atau menambah jumlah pusat pengundian sebagaimana di New Zealand dan Korea Selatan. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya