Premis transit seludup hidupan liar diserbu - Utusan Malaysia

Premis transit seludup hidupan liar diserbu

PEGAWAI Jabatan Perhilitan memeriksa burung Murai Batu yang dirampas dalam serbuan di sebuah premis di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kegiatan sebuah premis di Teluk Ramunia, di sini yang disyaki menjadi stor transit penyeludupan hidupan liar ke negara jiran terbongkar dalam satu serbuan dilakukan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Op Benteng semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor, Salman Saaban berkata, serbuan itu turut berjaya merampas 17 bakul plastik hitam berisi 228 ekor burung Murai Batu bernilai RM33,450.

“Seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 30 tahun juga berjaya ditahan atas kesalahan menyimpan hidupan liar tanpa dokumen penyimpanan yang sah daripada Jabatan Perhilitan .

“Susulan itu satu laporan polis telah dibuat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 60 (1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salman berkata, rampasan itu merupakan kes kedua dalam bulan ini sahaja selepas kes pertama adalah pada 9 Januari lalu.

Ujar beliau, kesemua barang kes dibawa ke Pejabat Jabatan Perhilitan Daerah Bandar Penawar untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, orang ramai juga diminta agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah hidupan liar ke talian Hotline Jabatan Perhilitan di talian 1800-88-5151.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya