PPK Kuala Langat komited bantu peladang pasarkan hasil tani

PPK Kuala Langat komited bantu peladang pasarkan hasil tani

ABDUL Razak Khasbullah (berdiri, tiga dari kanan) melihat Ronald Kiandee (duduk, kiri) memegang cili fertigasi di Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL), Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat, Telok Panglima Garang, Kuala Selangor hari ini. - FOTO/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Dalam mengelakkan berlakunya lambakan hasil pertanian, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat komited membantu peladang dan penduduk tempatan memasarkan hasil tani mereka.

Pengerusinya, Dr. Abdul Razak Khasbullah berkata, semua hasil tani dikumpulkan di Pusat Pengumpulan Hasil Pertanian  (PPHP) sebelum dibeli oleh pemborong tiga kali seminggu.

“Contohnya, cili merah dihantar oleh peladang tiga kali seminggu sebanyak empat tan. Oleh demikian, kita mampu memasarkan 48 tan cili merah sebulan kepada klien terdiri daripada pasar raya dan pemborong.

“Begitu juga halia muda yang mencecah lima tan seminggu dihantar ke pusat ini dan kita mampu membekalkan sebanyak 20 tan sebulan,” katanya selepas Lawatan Kerja Menteri Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ronald Kiandee di PPHP PPK Kuala Langat di Teluk Panglima Garang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, pihaknya turut membeli cili merah walaupun jumlahnya di bawah 10 kilogram bagi memastikan peladang kecil-kecilan mendapat harga yang terbaik.

Katanya, pusat pengumpulan juga menerima hasil tani daripada luar Selangor seperti Pulau Pinang dan Johor untuk dipasarkan.

“Kita menerima semua hasil tani seperti timun, lengkuas dan lain-lain bagi memastikan peladang tidak berdepan masalah kewangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Malah, kita sentiasa mengalu-alukan apa sahaja produk tani yang sesuai kerana keutamaan adalah bagi memastikan pengeluaran hasil tani menjamin industri makanan terus produktif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya