Polis tegur pasar raya tambah baik SOP - Utusan Malaysia

Polis tegur pasar raya tambah baik SOP

ZAIHAM Mohd. Kahar (tiga dari kiri) meminta diletakkan tanda penjarakan fizikal di laluan beratur timbang barangan sebuah pasar raya di Bentong, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Polis lakukan teguran pasar raya tambah baik SOP

BENTONG: Pihak polis membuat beberapa teguran terhadap pengurusan sebuah pasar raya bagi menambah baik prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam semalam.

Dalam tinjauan di sebuah pasar raya malam semalam, antara teguran yang dibuat tentang pemasangan tanda penjarakan untuk pelanggan yang beratur sama ada membayar atau membungkus makanan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di premis-premis termasuk pasar raya bagi memastikan SOP ditetapkan dipatuhi.

“Malam ini terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pahang dan mulai tengah malam ini bermula PKP 2.0 dan malam ini kita hendak tengok bagaimana khususnya pihak pasar raya ini menyediakan pematuhan SOP dan juga pengunjung.

“Setakat ini kita tengok pihak pasar raya mematuhi SOP begitu juga dengan pengunjung yang ada di sini, cuma ada satu dua teguran kita buat supaya mereka menambah baik,” katanya di sini malam semalam.

Menurut Zaiham, pihak polis akan melaksanakan pemantauan secara berterusan dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang gagal mematuhi SOP ketika pelaksanaan PKP.

Katanya, pihaknya berharap masyarakat memberikan kerjasama kepada polis dan turut sama membuat teguran terhadap individu yang tidak mematuhi SOP dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Dalam pada itu katanya, dua Sekatan Jalan Raya (SJR) dilaksanakan di daerah ini bermula tengah malam tadi menjadikan lima SJR dibuka di daerah ini setakat ini.

“Bermula tengah malam tadi kita menambah dua lagi sekatan jalan raya di Bentong iaitu di Jalan Tras dan Jalan Besar Karak menjadikan lima SJR dilaksanakan melibatkan negeri dan daerah,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya